Salam,
Di antara byk2 cerita yg ayah sy cerita, ade satu yg melekat di kepala dan ingin sy kongsi bersama rakan2, adik2, kakak2, pakcik-makcik, dan abg2 sekalian. Ketika ayah sy di bawa masuk ke Wad Kristal 1 di HUSM dan sedang di siap sediakan utk dioperate (pre-op), pelbagai dugaan dan cabaran yg dihadapi. Mengikutnya, tiap kali dia pejam mata ketika nk dioperate, maka datanglah wajah2 yg dikenali sejak kecil hingga kini.
Wajah2 yg mula2nya jelas seperti di depan mata..kian kabur dan berubah menampakkan wajah mereka yg sebenar..muka hodoh bermata satu..mereka berkata "dia ni x bole kita nk masuk ikut mulut..kita cuba cara lain"..ketika itu mmg ayah sy sentiasa menyebut nama Allah s.w.t. dan beristighfar sepanjang masa..mereka cuba pula melalui cara mimpi2 yg membangkitkan kemarahan contoh mimpi yg ayah sy alami adalah dirompak penjahat, dikejar dan digigit anjing lalu bergaduh dgn tuan anjing..mcm2 lg la..sume tu usaha syaitan utk melalaikan kita dr mengingati Allah s.w.t.
Mereka itu hanya mampu di lawani oleh ayah sy dgn cara beristighfar..lemah-lumpuh mereka2 itu jika keyakinan kita terhadap tuhan yg esa nyata dan tulus. mereka2 itu tidak givup dgn mudah..tatkala bersembahyang didalam hati pun mereka dtg mengganggu..mereka lemahkan seluruh tenaga sehingga bersembahyang dlm hati pun terasa amat penat..namun yg wajib tetap perlu dilakukan selagi mampu. Sembahyang itu dapat menjauhkan gangguan mereka, maka tidak hairanlah islam menyuruh kita solat 5 waktu..jika x mampu berdiri, maka dilakukan duduk, jika tidak mampu duduk maka berbaring, jika tidak mampu, maka lakukan dgn mata dan jika tidak mampu juga hedaklah dilakukan dgn hati.
Ayah sy tidak menceritakan hal ini ketika dlm hospital kerana bimbang anak2, mama, dan yg terdekat risau dan mungkin juga menakutkan kami semua sedikit sebanyak kerana kami mmg bermalam di hospital..dan hampir tiap2 malam ada je nurse memanggil waris2 terdekat yg menunggu di luar wad kerana pesakit ingin menyampaikan amanat terakhir ataupun telah pulang ke rahmatullah.
Moral of the storynya disini, yakinlah bahawa syaitan itu wujud semata2 demi tujuan menyesatkan anak adam dari mengingati Allah s.w.t. Oleh itu, perkukuhkanlah amal ibadat kita, yg mana terleka atau tercuai segeralah kembali ke pangkal jln selagi jln taubat itu belum tertutup.
wslm.


0 luahan rasa:
Post a Comment